Isnin, 29 September 2008

SALAM AIDILFITRI

SALAM SEMUA...

Terasa pilu & sedih bila mengenangkan Ramadhan akan meninggalkan kita.. Adakah kita akan bertemu lagi dgn bulan yg penuh kerahmatan itu tahun depan? Cukupkah pengisian kita Ramadhan ini? Allahualam...yang pastinya kita akan menyambut aidilfitri pada keesokan hari... sudah pasti ada sahabat2 saya sudah pulang ke kampung utk merayakan aidilfitri bersama insan2 yg tersayang..

Tahun ni tak balik ke kampung saya sbb saya tak ada cuti-(kena simpan cuti untuk Aidiladha sbb adik akan melangsungkan perkahwinan pada masa itu).. tapi agak beruntung sebab family saya datang ke KL untuk beraya bersama saya sekeluarga..lagipun adik nak beli barang2 utk perkahwinannya nanti.. terima kasih ye familyku sbb rasa seronok sesgt sbb dapat berkumpul di hari yg mulia ini...

anyway, malam ni balik kampung hubby.. sorry ye abah & mama balik lambat sbb hari ni masih bekerja... insyaallah raya ke-3 balik ke KL balik utk bawa mak jalan2...

KAMI SEKELUARGA MEMOHON MAAF SEKIRANYA ADA TERKASAR BAHASA, TERLANJUR KATA & SEMUA TER***...ANDAI ADA KESILAPAN HARAP DIMAAFKAN... SALAM AIDILFITRI KEPADA SEMUA SAHABAT2.. SAMA-SAMALAH KITA BERDOA AGAR KITA DIPERTEMUKAN LAGI DGN RAMADHAN TAHUN HADAPAN..amin...

Jumaat, 26 September 2008

HAPPY BIRTHDAY 'AYAH'

Tahun ni genaplah 9 tahun celebrate b'day husband sama2.. kita org kenal as a friend (he joint my colleagues)... dr seorg kawan ke best friend, dr seorg 'special' sehingga menjadi suami... :)

tak sempat nak celebrate sebab ayah busy sesgt dgn kejanya..ingatkan nak ambik cuti tp ayah cakap dia tak dpt cuti sbb nak settlekan benda urgent..so, kita x celebrate pun...

Happy B'day 'Ayah' - Ummi & Dzakwan always pray for you & love you... Semoga panjang Umur, dimurahkan Rezeki, diberkati hidup & sentiasa dikurniakan kesihatan yg baik...

'LOVE YOU AYAH' FROM UMMI & DZAKWAN

Rabu, 10 September 2008

Pengalaman Lailatul Qadar

I received this email yesterday.. heee..hee... layannnnn.....

"Lepas basuh pinggan, ikut Abah pergi masjid" kata Abah separuh memerintah.

Aku memandang kepada Emak. Emak angguk sahaja. Maksudnya emak mahu aku ikut Abah solat ke masjid. Jangan melawan.

Nampaknya, aku kena batalkan niat untuk sambung tarik gebar selepas kenyang bersahur.
Baru malam tadi sampai dari KL, penat pun tak hilang lagi.
Aku bonceng di belakang. Kami tidak pakai helmet. Kopiah sahaja.

Ganjil. Dalam cahaya suram menjelang subuh, aku lihat kubah masjid berada
di tanah. Bukan di bumbung masjid. Ajaib.

Abah macam tidak nampak keganjilan itu. Aku cuit bahu dia dan tunjukkan ke
arah kubah yang berada di tanah. Mungkin kubah itu tengah sujud fikir aku.

"Kenapa?" tanya Abah.

"Lailatuqadar," kata aku dengan jari masih menunjuk kepada kubah.
"Kepala otak engkau. Berapa lama engkau tak ke masjid?"

Tidak pasal-pasal aku kena marah. Rosak pengalaman suci aku ini.

"Diorang tengah renovate masjid la. Bumbung masjid bocor.. pasal tu kubah
tu dorg angkat letak kat tanah..Bodoh," sambung Abah memaki lagi.

Kalau emak ada di sini tentu dia angguk sahaja. Terima sahajalah. Jangan
melawan. Kadang-kadang Abah lupa yang aku tidak duduk kampung lagi. Aku cuma pulang untuk cuti raya.

Selasa, 9 September 2008

Kelebihan Mencintai Al-Quran

Di bulan yg penuh keberkatan ini, alangkah baik kiranya kita amalkan membaca al-Quran setiap hari, setiap waktu.. kalau boleh biarlah khatam Al-Quran.. tetapi ingatlah wahai sahabat Al-Quran bukan hanya dibaca ketika Ramadhan saja tp pada hari2yg lain juga...

Tersentuh hati saya apabila terbaca satu article dr majalah Anis(Sept '08)yg b'tajuk "Pengamal Al-Quran : dapat tempias mukjizat Nabi SAW"... Ustaz Abdullah menyenaraikan tujuh kelebihan pencinta Al-Quran;

1. Tidak nyanyuk sampai hari tua.

2.Orang tua yg mengamalkan Quran walau diumpamakan macam Quran buruk, lunyai, hancur tetapi sentiasa disayangi, tetap dihargai. Orang masih menghormati dan mencintainya serta meletakkan dia di tempat yg baik-baik.

3.Orang yang mencintai al-Quran tidak perlu susah hati dengan usia tua, kalau tidak ada anak yg dpt menjaga dirinya, tetap akan ada orang yg Allah datangkan utk menjaganya kerana ini adalah janji Allah kepada hambaNya yg menjunjung kemuliaan mukjizat. Golongan ini dalam pengawasan para malaikat.

4.Orang yg junjung al-Quran di dalam dirinya akan dijaga keselamatannya oleh Allah di dunia, di dalam kubur dan pada hari akhirat. Walaupun di dunia dia dibenci oleh orang jahat tapi Allah tetap menjanjikan keselamatan dlm drinya, sepertimana Quran yg Allah sediakan para malaikat utk menjaga setiap hurufnya

5.Wajahnya bercahaya-cahaya dan mesra utk didekati

6.Org yg membaca Quran tidak dihina. Dia tidak akan menjadi peminta sedekah atau makan sampah dijalanan, misalnya

7.Pengamal al-Quran hidupnya tampak sederhana tetapi dia kaya dengan sumber rezeki yg tidak diduga. Inilah lambang keberkatan yg Allah hadiahkan kepadanya.

TQ kpd majalah Anis kerana banyak info yg berfaedah & bermanfaat..

Selasa, 2 September 2008

B'day Dzakwan vers.2.. P.Kapas

nice view..subhanallah...


this year kita org pegi p.kapas kat t'ganu utk celebrate b'day dzakwan.. bukan main enjoy lagi dia sbb ini first time dia nak ke pulau..actually i pun first time ke island ni.. i pernah pegi satu je island--p.langkawi-the rest x pernah lagi..

tak sabar naik bot-dzakwan relatekan dgn cartoon2 dia..mcm2...

tgh tunggu bot nak ke p.kapas..tunggu lama-kita org sampai kol 10 lebih tp bot jalan kol 11.30am..


dzakwan x pernah naik bot tau.. hubby cakap dah naik dah dia org charge utk naik bot tu (return : RM40/person)..kalau dulu RM15 je..

sampai2 je kat pulau tu, dzakwan dah x sabar nak mandi..waduh...kalau boleh dia nak terjun terus masa kat jeti tu..sabar je la...

muka dah x sabar nak mandi laut

one of the resort-cantik resort ni


enjoy sungguh ayah & anak ni sampai tak nak naik...suka ati le...


enjoy lagi..sampai nak mkn pasir tu

anak masih boleh senyum tp ayahnya dah x larat.. 'beronok2' sgt.. & dah sun burn dah...

berakhirnya trip ke p.kapas...dzakwan mmg x nak balik..kita org balik KL 31hb malam dlm kol 9pm lebih..dzakwan nangis2 sbb x nak balik KL..masuk2 je keta dia terus baring (tutup muka-merajuk) kesian tengok dia sampai x nak bye2 fire pun masa kita org nak balik tu..
ni lah 'transmitter got fire'
landmark yg paling dzakwan ingat kalau kita sebut t'ganu..

Isnin, 1 September 2008

SALAM RAMADHAN

Selamat menyambut Ramadhan kepada semua sahabat2...

Saya terima byk sms dr sahabat2 sempena menyambut Ramadhan ni.. one of it Abg text me this one- "Selamat Setting Niat, upgrade tahap Iman, Download Sabar, Upload Usaha, Delete Angan2 & Update Doa & Jangan Lupa TOP UP Ilmu utk Pertahanan.. "

SAYA & FAMILY TERLEBIH DAHULU MEMOHON MAAF jika saya ada berbuat kesalahan, baik yang tidak di sengaja maupun yang di sengajakan,semoga ramadhan yang mendatang lebih sempurna


SALAM RAMADHAN MAAF ZAHIR BATIN...

Happy Birthday my beloved Dzakwan vers.1 & Selamat Hari Kemerdekaan

ni i ambik dr blog roes... b'day wish for dzakwan from Auntie Roes atau kekdg dzakwan panggil Mama sbb she is dzakwan best friend's mama.. so lovely roes..tq

Happy Birthday Dzakwan... actually this year i nak celebrate his b'day merangkap nak sambut ramadhan tp bertukar plan nya because b'day boy request nak mandi laut.. at first we r planning nak pegi PD tp plan berubah last minit... Ayah said "lets we visit Pak Ngah"... dzakwan apa lg enjoylah sbb dia boleh tengok 'transmitter got fire'.. (BIL keja kat Paka - so, kat situ byklah 'fire').. next N3 i attachkan gambar2 dzakwan yg enjoy k...


tak lupa Selamat Hari Kemerdekaan kpd semua... Semoga kita menghayati erti kemerdekaan & terus berjuang...