Khamis, 23 Ogos 2007

Pesanan Nabi Muhammad SAW

Assalamualaikum..ingatan di masa kita sibuk2..

Pesanan nabi:

a. Bersalawatlah kepada Nabi Muhammad SAW.

b. Janganlah bermalas-malasan untuk mengerjakan sholat
5 (lima)waktu.

c. Bersedekah dan berzakatlah dengan segera, santuni
anak-anak yatim piatu.

d. Berpuasalah dibulan ramadhan serta kalau mampu
tunaikan segera ibadah haji.

Rabu, 15 Ogos 2007

Kalau Dahi tak Mencecah Sejadah Didunia..... . Assalam Mu'alaikum !

Salam sahabat2...bila terbaca kata2 ini membuatkan jantung saya tidak berdenyut seketika.. semoga kita sentiasa mengingati yang kita akan kembali kepadaNYA..insyaallah...

Sudah Bersediakah Anda Ketika Dipanggil Pulang Oleh Allah SWT?!!!

Bersihkanlah dirimu sebelum kamu dimandikan!
Berwudhu'lah kamu sebelum kamu diwudhu'kan!
Bersolatlah kamu sebelum kamu disolatkan!
Tutuplah rambutmu sebelum rambutmu ditutupkan!
Dengan kain kafan yang serba putih!
Pada waktu itu tidak guna lagi bersedih....
Walaupun orang yang hadir itu merintih....

Selepas itu kamu akan diletak di atas lantai....
Lalu dilaksanakanlah solat Jenazah
Dengan empat kali takbir dan satu salam
Berserta Fatihah, Selawat dan doa....
Sebagai memenuhi tuntutan Fardhu Kifayah

Tapi apakah empat kali takbir itu dapat menebus....
Segala dosa meninggalkan solat sepanjang hidup?
Apakah solat Jenazah yang tanpa rukuk dan sujud....
Dapat membayar hutang rukuk dan sujudmu yang telah luput?

Sungguh tertipulah dirimu jika beranggapan demikian....
Justeru ku menyeru sekelian Muslimin dan Muslimat....
Usunglah dirimu ke tikar Solat....
Sebelum kamu diusung ke liang lahad....
Menjadi makanan cacing dan mamahan ulat!

Iringilah dirimu ke masjid....
Sebelum kamu diiringi ke Pusara!
Tangisilah dosa-dosamu di dunia....
Kerana tangisan tidak berguna lagi di alam baqa'!

Sucikanlah dirimu sebelum kamu disucikan!
Sedarlah kamu sebelum kamu disedarkan.. ..
Dengan panggilan 'Izrail yang menakutkan!
Berimanlah kamu sebelum kamu ditalkinkan!
Kerana ianya berguna untuk yang tinggal....
Bukan yang pergi!

Beristighfarlah kamu sebelum kamu diistighfarkan!
Namun ketika itu istighfar tidak menyelamatkan!

Ingatlah di mana saja kamu berada....
Kamu tetap memijak bumi Tuhan!
Dan dibumbungi dengan langit Tuhan!
Serta menikmati rezeki Tuhan!
Justeru bila Dia menyeru,....
Sambutlah seruan-Nya Sebelum Dia....
memanggilmu buat kali yang terakhirnya!
Ingatlah kamu dahulu hanya....
setitis air yang tidak bererti!

Lalu menjadi segumpal darah!
Lalu menjadi seketul daging!
Lalu daging itu membaluti tulang!
Lalu jadilah kamu insan yang mempunyai erti....

Ingatlah asal usulmu yang tidak bernilai itu....
Yang kalau jatuh ke tanah, ayam tak patuk itik tak sudu!
Tapi Allah mengangkatmu ke suatu mercu....
Yang lebih agung dari malaikat!

Lahirmu bukan untuk dunia....
Tapi gunakanlah ia buat melayar bahtera akhirat!

Sambutlah seruan 'Hayya 'alas Solaah'....
Dengan penuh rela dan bersedia!
Sambutlah seruan 'Hayya 'alal Falaah'....
Jalan kemenangan akhirat dan dunia!

Ingatlah yang kekal ialah amal....
Menjadi bekal sepanjang jalan!
Menjadi teman di perjalanan.. ..
Guna kembali ke pangkuan Tuhan!

Pada hari itu tiada berguna....
Harta, tahta dan putera....
Isteri, kad kredit dan kereta....
Kondominium, saham dan niaga....
Kalau dahi tak mencecah sejadah di dunia!!!

" Saling berpesan-pesan untuk kearah kebaikan"

Isnin, 13 Ogos 2007

minggu2 yg busy


salam semua

minggu ni, minggu depan adalah minggu yg busy sesgt.. last week attend seminar at KK, Sabah.. jumpa ramai member2..seronok dpt tahu dia org punya cerita..lama sgt tak denga khabar berita like cik nun, odah.. to Bie-enjoy pegi beli kristal ye.. kita org punya seminar ni till night tp kita org budak2 nakal ni sempat lagi pergi pasar Philippines... abis duit den.. seronok sgt tengok kristal2 tu..

anyway, this week memang busy week.. kena settle kan order2 ni..& weekend ni kena keja & sunday ada kenduri-my cousin kawin..& next week kena prepare for book fest..argh penat giler.. so next week akan keja 7 hari seminggu lah tu.. kesian suami & anakku terabai lagi.. TERIMA KASIH YG TAK TERHINGGA FOR MY HUBBY & LOVELY DZAKWAN KERANA MEMAHAMI..tapi kekadang si dzakwan tu, dia ajak je kita pegi jalan even he knows ummi dia penat..hik..layan jelah..

Rabu, 1 Ogos 2007

dzakwan dah 3 tahun (15 Rejab)









salam kengkawan..nak inform ni..anak bujang saya ni dah 3 tahun last Monday(15 Rejab) tp kalau bulan org putih 31 Ogos ni lah.. dah 3 tahun dia yek..Bila tengok gambar2 dia kan, mcm ingat lagi lagi dia baru lahir, masa dia baby.. ini yg rasa diri ini semakin tutttttttt...dah besar dah..sekarang ni, demand pun lebih2 dah.. anyway, 'Semoga anak Ummi menjadi seorg Muslim yang berbakti kepada Agama, bangsa & negara'..amin